Sabtu, 12 Jun 2010


Lembu penternak ramping
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:        Penternak lembu di Kampung Serdang, Kampung Padang Pulut dan beberapa buah kampung di sekitar mengeluh kesukaran mendapat bekalan rumput setelah sebuah padang ragut awam seluas 24 hektar milik Jabtan Haiwan ditutup 4 tahun lalu setelah disewakan kepada sebuah syarikat penternakan.

Isnin, 31 Mei 2010

Mengembalikan Kegemilangan Rantau Abang

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
 
DUNGUN:   Rantau Abang tidak lagi segah namanya yang satu ketika dahulu sangat terkenal di serantau dunia dan menjadi siulan di kalangan masyarakat negara ini. Rangkap lagu ‘kite gi Rantau Abang, kite tengok penyu telor..’ amat jelas untuk menceritakan keunikan tempat ini.
Mengimbau kegemilangannya di era tahun 70-an, pantai ini tidak pernah sunyi dengan gelak ketawa pengunjung dan kemeriahan aktviti perniagaan di sekitarnya. Persisiran pantainya bagaikan pesta apabila berlabuhnya matahari di mana pengunjung berpusu-pusu menanti ketibaan sang penyu yang pasti muncul di sebalik alunan ombak menuju ke pantai.

Lega bonggol dibina

"KEBIMBANGAN IBU BAPA BERAKHIR"

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   "Terima kasih JKR!!" Setelah bertahun ibu bapapelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 48  "memperjuangkan" pembinaan bonggol di jalan berhadapan sekolah anak-anak mereka belajar dengan  membangkitkan isu itu setiap kali mesyuarat PIBG diadakan, akhir apa yang diperjuangkan tercapai dengan terbinanya bonggol yang dibina minggu lalu.
            Ibu bapa tidak berpuas hati dengan alasan pihak bertanggungjawab setiap kali isu ini diperpanjangkan, pihak bertanggungjawab enggan membina bonggol dengan alasan "status jalan" tidak bersesuaian dibina bonggol namun begitudengan pembinaan bonggol akhir minggu lalu masing-masing menartik nafas lega dan tersenyum puas.

Khamis, 27 Mei 2010

mangsa kebakaran menerima rumah PPRT

Oleh Mohd Zawaw Mat Ail
DUNGUN:     Keperitan hidup ditanggung sebuah kleuarga di Kampung Balai Besar di sini, yang tinggal sehelai sepinggan selepas rumah mereka terbakar, terubat dengan penerimaan sebuah rumah Peruntukan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina di tapak asal rumah pusaka yang hangus terbakar akhir January lalu.
                Edisi Timur pada 18 February lalu, menyiarkan nasib malang yang menimpa keluarga Rozlan Mohd yang terpaksa menumpang rumah anak saudara di perumahan Taman Rakyat disebabkan kesukaran mendapat rumah sewa dengan pendapatan beliau yang bekerja sebagai buruh kasar

Rabu, 26 Mei 2010

Orang ramai lega Pantai Teluk Lipat dibenteng

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN: Orang ramai lega dengan kerja penambakan oleh Jabatan Parit dan Saliran di pesisir Pantai Teluk Lipat sepanjang satu kilometer bermula dari hadapan Taman Selera sehingga simpang ke Sekolah IMTIAZ yang mengalami hakisan teruk semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.
        JPS komited menjalankan usaha menghalang hakisan di Pantai Teluk Lipat dengan membuat kerja penambakan dan membina benteng pemecah ombak secara berperingkat-peringkat.

Selasa, 25 Mei 2010

Rumah mesra rakyat vs rumah PPRT

Penulis sedang menyiapkan sebuah berita berkaitan penermaan rumah PPRT oleh golongan kurang mampu khusunya di kawasan Dungun.
Semenjak ditugaskan buat liputan hal ehwal semasa di daerah Dungun yang mempunyai 4 Dun iaitu Paka, Bukit Besi, Sura dan Rantau Abang penulis beberapa kali ditugaskan membuat liputan nasib mangsa kebakaran yang hanya tinggal sehelai sepinggan.
2 kes yang amat menyayat hati berlaku di di Paka dan di Dun Rantau Abang melibatkan 2 buah keluarga yang kehilangan rumah pusaka.
Ke dua-dua rumah yang hangus dijilat api tidak dapat diselamatkan, kalau tak silap yang sebuah keluarga tu kerugian RM 150, 000 dan sebuah keluarga lagi dalam daerah tu juga.
Ujian tuhan, cuba dibayangkan anda kehilangan rumah yang boleh kita ibaratkan musah dalam sekelip mata. yang tinggal hanyalah pakaaian yang anda pakai pada ketika ini....maha hebat ujian tuhan..
Sebuah keluarga dah dapat bantuan rumah PPRT yang sebuah lagi keluarga masih dalam proses dan dengar khabar juga akan mendapat rumah PPRT yang bernilai RM 33, 000 macam tu....
Alhamdulillah...jika nak dibandingkan kerugian yang dialami memang teramat jauh...namun sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka......
Untuk dapatkan rumah PPRT pemohon (mangsa kebakaran) perlu mempunyai tanah yang bergeran. Kalau tak ada, mangsa diberi kutamaan memiliki rumah mesra rakyat. PPRT tak perlu dibayar balik, mesra Rakyat perku dibayar dalam anggran RM 100 lebih macam tu....tak tahulah sekarang..itu berdasarkan kadar bayaran sebelum ini.

Lega bonggol dibina
"pelajar tidak lagi bimbang melintas jalan"

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Setelah beberapa kali kejadian yang tidak diingini berlaku ekoran kenderaan yang dipandu laju kini pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 48 lega dengan pembinaan  bonggol di jalan berhadapan sekolah dua sesi itu yang membolehkan mereka melintas jalan dengan selamat.
Tinjauan Edisi Timur di jalan itu mendapati 2 buah bonggol dibina Jabatan Kerja Raya (JKR) pertengahan Mei, Edisi Timur sebelum ini pernah menyiar berita rungutan ibu bapa dan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 48 yang meminta pihak bertanggungjawab membina bonggol dan “zebra cross” bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan itu.

Cari Blog Ini