Isnin, 31 Mei 2010

Mengembalikan Kegemilangan Rantau Abang

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
 
DUNGUN:   Rantau Abang tidak lagi segah namanya yang satu ketika dahulu sangat terkenal di serantau dunia dan menjadi siulan di kalangan masyarakat negara ini. Rangkap lagu ‘kite gi Rantau Abang, kite tengok penyu telor..’ amat jelas untuk menceritakan keunikan tempat ini.
Mengimbau kegemilangannya di era tahun 70-an, pantai ini tidak pernah sunyi dengan gelak ketawa pengunjung dan kemeriahan aktviti perniagaan di sekitarnya. Persisiran pantainya bagaikan pesta apabila berlabuhnya matahari di mana pengunjung berpusu-pusu menanti ketibaan sang penyu yang pasti muncul di sebalik alunan ombak menuju ke pantai.
 
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abdidin Husin, berkata, dahulunya ketibaan penyu pernah mencapai ratusan ekar pada satu malam dan dikatakan pernah mencapai 40,000 ekor dalam setahun.
“Walaubagaimanapun, jumlah tersebut semakin hari semakin susut begitu juga dengan kehadiran para pengunjung ke sini.
Tiada lagi keriuhan pengunjung dan kerancakkan ekonomi yang memeriahkan suasana di kawasan ini. Kini, Rantau Abang tidak lagi sepi di mana banyak perancangan telah dilakukan oleh Majlis Perbandaran Dungun bagi memastikan zaman kemeriahan dan kerancakkan aktiviti di pantai ini kembali seperti dahulu dan lebih banyak membuka peluang baru kepada warga tempatan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
 
Katanya, Beberapa projek baru yang sedang dalam pembangunan seperti Pulapor dijangka akan menempatkan sehingga 10,000 ribu pelatih, kem tentera dan beberapa projek dibawah seliaan Majlis akan membantu perkembangan Rantau Abang sebagai pusat pelancongan yang unggul di rantau ini.
           “Projek-projek yang berskala besar ini akan meningkatkan populasi penduduk dan dalam masa yang sama akan memberi kesan kepada pertumbuhan kawasan Rantau Abang sebagai pusat tumpuan penduduk di Daerah Dungun.
 
            Majlis Perbandaran Dungun komited terhadap pembangunan semula Rantau Abang sebagai destinasi pelancongan utama yang perlu dipertingkatkan dan dipelihara. Beberapa projek pembangunan dalam meningkatkan kemudahan awam di Rantau Abang adalah seperti peningkatan kemudahan asas di batu Penyu, pembinaan tandas awam beserta kerja – kerja tambahan ruangan tempat mandi dan tempat salin lampin bayi.
Projek-projek peningkatan infrastruktur dan lanskap pula adalah seperti menaiktaraf jalan ke pantai, melebar dan melapis semula laluan ke gerai Rantau Abang dan kerja-kerja lasnkap kejur dan lembut di persempadanan Rantau Abang dan Marang.
Projek-projek ini yang bernilai sehingga 1.2 juta dan telah dilakukan pada tahun 2008 dan 2009 telah menunjukkan hasil di mana kawasan Rantau Abang telah menjadi pusat tumpuan dan pusat sehenti kepada pengun
“Dijangkakan Pusat Penyu dan Ekosistem Marin dan Pusat Penerangan Santuari Penyu akan mendapat sambutan semula. Manakala, beberapa chalet akan mendapat sambutan semula dan kehadiran pelancong akan memeriahkan kembali suasana di Rantau Abang,” katanya dalam temuramah eksklusif bersama wartawan Edisi Timur baru-baru ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini